Jumaat, 9 Disember 2011

Membentuk dan Membuat Binaan


MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
 
        Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas
bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. 
        Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan

penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni.


 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti:
  Arca timbul 


 Asemblaj 


Topeng


Origami


 Model 


 Stabail
Mobail

Diorama

       Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

1 ulasan:

  1. Istilah seni yang berbeza untuk seni yang berbeza tetapi berada dalam kategori yang sama

    BalasPadam