Rabu, 23 November 2016

CORAK TERANCANG

Jenis  susunan corak



TAPAK DAM/CATUR



BATU BATA



SISIK IKAN



BERALUN



SELANG SELI



ORGEE



BERJALUR



BERPUSAT



PENUH



ANYAMAN

Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.


Jenis-jenis Anyaman

Jenis Anyaman
Bahan
Hasil anyaman
Anyaman Mengkuang
Daun mengkuang
Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Anyaman pandan
Daun pandan duri
Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh
Jenis-jenis buluh yang sesuai
Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
Anyaman Rotan
Rotan yang telah diproses
Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
Anyaman Lidi
Lidi kelapa
Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribu
Paku pakis ribu-ribu.
Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.













Seni anyaman Malaysia
http://anyamanmalaysia.blogspot.my/




CATAN

Maksud seni catan
 
Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment"terlarut dalam pelarut(ataumedium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan(sokongan) sepertikertas,kanvas atau dinding. 
Ini dilakukan  oleh pelukis;
 takrif ini digunakan terutamanya  j ika   ia merupakan kerjayanya.
Manusia telah melukis selama   6   kali  lebih    lama  berbanding penggunaan tulisan.
 Perkataan lukisandigunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalamrencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan padapermukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekarapenting dalam bentukseni.
 
Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan. 
Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan .
Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.
 


Contoh seni catan