Elemen Rekaan Seni Visual
Jumaat, 9 Disember 2011
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
MENGENAL KRAF
TRADISIONAL
Kraf tradisional
boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran
kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang
diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid
diperkenalkan
dengan kraf tradisional seperti:
Alat domestik
Alat permainan
Alat pertahanan
diri
Perhiasan
diri (ornamen)
Batik Tekat
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya
beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan
fungsi,
proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apresiasi hasil
kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi
pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh
bagi setiap bidang
kraf yang dinyatakan.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita.
Membentuk dan Membuat Binaan
MEMBENTUK DAN
MEMBUAT BINAAN
Bidang kegiatan
ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek
tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas
bila mereka
membentuk dan membina sesuatu model.
Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan juga mendedahkan murid dengan
penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa
menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti:
Arca timbul
Asemblaj
Topeng
Origami
Model
Stabail
Mobail
Diorama
Kegiatan membentuk dan membuat binaan
memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa
idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil
kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan
cerita.
Khamis, 8 Disember 2011
Langgan:
Catatan (Atom)