Selasa, 13 April 2010

Bidang dalam PSV


BIDANG SENI VISUAL

  1. Menggambar 
  2. Membuat Rekaan dan Corak 
  3. Membentuk dan Membuat Binaan 
  4. Kraf tradisional   
 



Tiupan menggunakan cat air




















Pencahayaan rupa menghasilkan objek

















Ahad, 11 April 2010

MENGGAMBAR

BIDANG MENGGAMBAR



Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.





Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:





Lukisan,Catan,Kolaj,Montaj,Cetakan,Resis,Gosokan,Stensilan,Percikan,Gurisan,Capan,Mozek,Poster


Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
 

Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.
 

Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus dalam bidang ini.